Ermm..seminggu hampir berlalu. Dalam minggu ni, aku sedar akan sesuatu. Pada satu tiap dan saat aku dapat bermuzakarah, walau dalam sebentar dengan insan-insan di sekitar ku. Tiap hari..ya, tiap hari pasti akan ada topik yang kami bincangkan.
Analogi yang aku bina dengan Sue ialah; diskusi ni macam menutup helaian tisu pada tumpahan air. Maknanya, kita boleh membersihkan air tadi dan menyerapnya menggunakan tisu. Kemusykilan bagai air yang tumpah dan akan terserap oleh tisu yakni perbincangan berhemah. Air tak kelihatan lagi, kemusykilan bisa dihilangkan.
Menarik juga. Lewat 2 hari lalu aku ke Department Kaunseling. Tetiba terserempak dgn Abg Mirul dan Abg Mail. Keduanya adalah senior aku. Aku dan Abg Mirul sekelas dalam kelas Parenting. Tetiba topik-topik dalam kelas terbuka dalam perbincangan petang kami.
Abg Mail mengutarakan tentang Hak dan Tanggungjawab. Banyak pasangan sekarang ni goyah dek sebab nak pertahankan hak memasing, instead of berbincang tentang tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Ermm..aku belum kahwin..hehe. Tak! Betul kata Abg Mail, bila dah berada dalam usia sebegini, kita patut dah fikir-fikir tentang hal-hal camni. Ambil iktibar dan muhasabah kembali. Kes penceraian dah makin banyak berlaku dan salah satu sebabnya bila orang dok pertahankan hak mereka saja. Camne nak cari resolusi kalo mulut tak abis bercakap, ye tak?? Diskusi antara couple is very important actually, cos kat situ adanya heart to heart relationship. Mendengar dengan mata..hmmm!
Keduanya tentang Dunia Hari Ini. Perang Psikologi ke atas dunia Islam sebenarnya telah melingkar dan membatasi keadaan. Lihat je bagaimana dadah, kes sosial dan sebagainya dibawa masuk ke serata pelusuk dunia. Begitu goyahnya kita (jati diri semakin pupus) Dan, bila mengaitkan tentang keluarga, nampak juga yang kaum lelaki kita ni banyak diserang dari setiap segi lantas mereka tiada untuk mencambah benih pada zuriat yang patutnya terhasil untuk pembangunan dan perluasan ummah. Kaum wanitanya pun sama je..ermm!! Cuba cakap apa yg tak merosakkan wanita? kalo susun dalam list, mesti tak cukup se'bundle' A4 paper. Erm..fitnah utama bg seorang lelaki ialah WANITA.
Masalah lagi bila anak-anak yang lahir pun adalah dengan 'cara segera' ataupun tak dilentur baik. Kami bertiga bersetuju yang proses pembentukan anak-anak bermula dari mak ayahnya dulu. Anak-anak zaman sekarang belajar dari observasi, dah kurang mereka nak mendengar kata-kata yang diberi. Erm, modernisasi dunia.
Ketiganya tentang kepenggunaan dan kecelaruan ajaran yang sebenar dalam dunia Islam. Begitu jumud kadangkala dan begitu longgar ada masanya. Ambil mana suka dan buang tang yang susah nak dibawa. Cewah..agama Allah dibuat sesuka hati.
Nak dirujuk pula, banyak yang keliru dan bila ditanya pada kemusykilan..ada yang kata begitu, dan ada yang kata begini. Bila bercakap tentang sesuatu yang tak berkenaan dengan 'budaya kita', bila bercakap tentang hal yang lari dari minat dan keperluan orang-orang sekarang, ilmuan kita di'gam'. Ermm..jika semuanya di'hantar belakang', takdelah lagi fungsi khalifah Tuhan. Ulama' warisatul anbiya'
Asalkan cakap sesuatu yang tak memenuhi kriteria dan kehendak sekarang, tutup habis. End!! Jangan cakap lagi. Lalu hidup tempiarlah syaitan yang bertopeng manusia. Manusia berlari dalam sesat. Manusia dan kehidupan terbiar. Lagi? Yea..manusia yang menunggu atau ternanti 'Tsunami' datang lagi..kendian baru nak panggil ulama' mengepalai solat hajat, solat taubat..bla. bla...
Bukan nak semberono. Apa yang kami bincangkan tentunya datang dari jiwa rakyat dan jiwa seorang Muslim. Kami risau dengan apa yang terjadi kini. Aku turut khuatir, lalu berkira juga dlm hati "apakah sumbangan aku pada Islam, pada Malaysia? Dah balas ke pemberian dari Penyumbang Kehidupan ni?? Aku dah balaskah??" Pastinya takkan terbalas habis. Hidup ni satu nikmat terbesr insan..Dan aku serta mereka berdua..melongo sebentar. Kami fikirkan nasib yg akan terjadi kelak. Segala yang berlaku tak nampak penyudahnya.
Ya, terlalu bimbang, dan tiada maksud nak menyeranah sesapa. Kita perlukan perubahan..yeap! Islah atau reformasi. Hadhari sbg platform yang cantik gayanya, bila ye nak sejati?? Bila nak lihat hasil sebenar Hadhari?? Aku rindukan suasana tanpa dentang-denting petaka..semuanya bahagia. Adakah ia akan cuma ada di syurga??
Kami konklusikan bahawa segala sebenarnya dipulangkan pada diri sendiri. Hatta nak menegur orang sekalipun..dibawa satu harapan agar "jika kita menegur maka segala teguran itu adalah untuk kita juga" Ya, saling berpesan sesama sendiri.
Kami lihat bahawa perbuatan perlu didulukan dalam da'wah. Segalanya pada diri sendiri. Nak harapkan orang betulkan kita? Memang ramai yang sudi..(jikalah dia nak bantu dan kita terima nasihat mereka) Perbuatan bila ditunjuk, kata-kata akan berfungsi sedikit cuma. Daripada bercakap banyak tapi tuan empunya badan tak buat juga..cehh! Cakap tak serupa bikin. Seharusnya..kita ingat-mengingati kerna kita Ummah wahid..satu ummah, satu destinasi, satu paksi..
Lantas, kami simpulkan segalanya pada DIRI SENDIRI. Yea, bermula dalam diri, mengingatkan diri sendiri. Itulah yang aula. Pinta redha dan diselamatkan oleh Allah. Pohon rahmatNya agar kita semua tak lari dari landasan yang sebenar. Ameen.
p/s: pesan dan tegur buat aku jua ..
2 comments:
along,
orang pepandai dulu cakap, key to communication is listening. kalau dalam IT, ada satu konsep namanya upstream dan downstream. so, bila ada satu yang upstream (bercakap) kenalah ada satu yang downstream (mendengar). dan satu alat yang paling bagus utk demo konsep ni adalah walkie-talkie. sorang cakap, sorang lagi dgr. that's the best way of communication.
bercakap psl rumahtangga, perkara paling susah utk dibincangkan adalah berkenaan dgn seks. seks dianggap taboo (pantang) untuk dibincangkan secara terbuka tetapi dalam konsep berumahtangga, perkara paling taboo adalah perkara paling penting utk dibincangkan. tapi, jgnlah dibincangkan ditempat yang tak patut, just bincangkan berdua, kenali kelemahan masing2.
satu lagi dalam hal rumahtangga (byk menimba pengalaman dari akak saya), jgn membuat sangkaan buruk terhadap partner kita. kalau kita syak, lebih baik kita siasat, lebih baik kita tanya sendiri. assumption ni byk memburukkan suasana rumahtangga kerana masing-masing saling syak dan bersangka buruk dan tak cuba menyelesaikan perasaan yang bersarang di hati kita tu. kepercayaan paling penting tp tak perlu sampai kepercayaan membabi-buta yang tak tentu hujung pangkal nya. kepercayaan yang sebegitu adalah naif.
ulama takut kepada pemerintah, sanggup menjual agama kerana wang, orang yang bukan ahlinya diangkat menjadi ketua, orang kaya secara tetiba menjadi kaya, bangunan pencakar langit semakin berleluasa, dunia semakin kecil (dgn adanya internet), masa semakin pantas berlalu, anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapa, gempa bumi dimana-mana...nah, panjang sungguh tanda-tanda kiamat yang dah jadi...maka, tak cukup lagikah utk memberi kesedaran terhadap kita?
salah satu hikmah utk membolehkan kita menerima nasihat adalah, lihat ke dalam nasihat yang diberi, bukan kepada orang yang memberi TETAPI akan lebih berkesan sesuatu nasihat jika orang yang memberi itu juga melaksanakan nasihatnya.
pada saya, dgn berkongsi begini (kita hanya pejuang kecil)...inilah yang terbaik kita mampu berikan. terkadang seperti saya, saya rasa lebih berkesan menyampaikan menggunakan bahasa saya sendiri (bahasa pasar yang bercelaru) kerana audience saya adalah orang yang sebegitu. utk along, kalau audience along selesa dgn bahasa begini...nah, inilah yang terbaik. saya tidak kisah kerana saya flexible dalam berbahasa cuma terkadang agak bercelaru bila cuba mengasingkan vocabulary dari dua jenis bahasa (slang sebenarnya) ni. hehehe.
macam kawan saya, lagi kasar bahasa nya tetapi nasihatnya sgt bernas..bahkan saya rasakan, pada sesetgh manusia yang mungkin kurang memahami dgn bahasa yang sopan, bahasa yang agak kasar dan lebih direct diperlukan. saya rasa saya berkesan dgn bahasa yagn direct dan sinis. lebih tepat masuk ke dalam hati (no offence to your style of writing ya along). but like i said, i'm flexible, i can adapt to any type style of writing.
entry ni cukup bernas dan alangkah indahnya jika lebih ramai yang membacanya. semoga tiap-tiap dari kita mendapat sesuatu dari tulisan along ni.
wallahualam....
ops...ada typo sikit. orang yang miskin menjadi kaya secara tetiba.
sorry, ada typo sikit. tak perasan td.
Post a Comment